KEGAGALAN MELAKUKAN PERKARA INI MERISIKOKAN ANDA DITIPU & MASIH RAMAI DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU.
Adakah kita sedar ketika berurusan dengan seseorang yang mengaku pakar/professional/berpengalaman dalam jual beli hartanah (rumah,bangunan,pejabat,tanah) ialah orang yang sepatutnya kita berurusan?
Apakah kita yakin orang yang kita serahkan kepercayaan ini tidak menipu kita dalam urusan jual beli hartanah ini?
Patutkah kita lega jika berurusan dengan tuan punya milik hartanah dapat melepaskan kita dari sebarang keputusan negatif tentang transaksi yang bakal timbul tanpa perunding hartanah?
Yakinkah kita perunding hartanah yang berurusan dengan kita ini adalah benar- benar perunding hartanah ataupun sebenarnya hanya penyamar yang menunggu untuk menyambar simpanan kewangan anda?
Terlalu banyak pengalaman yang dikongsi tak kira dilaman sosial atau dari kenalan bahawa mereka berasa tertipu malah ada yang kehilangan berpuluh ribu Ringgit akibat daripada kegagalan diri sendiri memilih jalan yang betul dan memilih pihak yang betul akibat dari kurangnya keprihatinan, ilmu juga pendedahan mengenai jual beli hartanah.
Ya, jika kehilangan belasan ribu atau puluhan ribu mungkin tidak begitu membebankan TETAPI ianya adalah satu tamparan hebat bagi kita yang berpenat lelah mengumpul jumlah ini untuk kehidupan yang lebih sempurna bagi keluarga yang dicintai dan akhirnya lesap ditangan orang yang tidak berperikemanusiaan. Malah perasaan tertipu ini mengakibatkan penderaan mental yang mungkin akan menghantui sehingga ke usia emas kita dikemudian hari.
Panduan:
Sila berurusan dengan Pemaju Perumahan atau Perunding Hartanah/Real Estate Negotiator yang berdaftar dengan (LPPEH) yang telah dilantik oleh Pemaju Perumahan itu sendiri untuk melakukan jualan jika ianya rumah baru dibina dan anda berminat untuk membeli.
Sila berurusan dengan Perunding Hartanah/Real Estate Negotiator yang berdaftar dengan (LPPEH) jika ianya rumah subsale atau rumah yang ingin dijual oleh pemilik asal.
Sila berurusan dengan Perunding Hartanah/Real Estate Negotiator yang berdaftar dengan (LPPEH) atau tuan rumah sendiri (tidak digalakkan melainkan pemilik rumah adalah dari kalangan saudara mara terdekat) jika ianya rumah untuk disewa dan anda berminat untuk menyewa.
Penting:
Bagaimana mengenal pasti bahawa Perunding Hartanah/Real Estate Negotiator ini adalah orang yang tepat?
Ini sangat penting kerana disini terdapat broker haram, dan penyamar yang sangat cekap menjalankan tugas untuk menyelinap masuk ke fasa ini.
Anda harus tahu istilah Perunding Hartanah ini dahulu. Mereka adalah golongan professional yang dilantik, diiktiraf dan didaftarkan dibawah LPPEH.
Perunding hartanah = Real Estate Negotiator
Real Estate Negotiator = REN
Real Estate Negotiator = REN
Nama ini adalah nama yang digunapakai bagi Perunding hartanah di Malaysia. Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan LPPEH?
LPPEH = Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah Malaysia.
Harus diingat, Perunding Hartanah yang patut kita berurusan adalah Perunding Hartanah yang berdaftar dibawah LPPEH.
TIPS PENTING
Setiap Perunding Hartanah Yang berdaftar dengan LPPEH mempunyai ‘id number’ mereka sendiri yang mana ianya merupakan nombor unik yang tertera diatas ‘REN Tag’ atau kad kuasa mereka.
Mungkin sedikit biadap, tetapi inilah yang harus anda lakukan pada perbualan pertama anda kepada mereka yang mengaku sebagai Perunding Hartanah/Real Estate Negotiator/REN.
1) Minta REN Number. (boleh saya tahu nombor REN anda?boleh beri REN Number anda?)
2) Segera rujuk REN Number yang diberi ke www.lppeh.gov.my klik pada ‘negotiator search’ di bahagian bawah kiri page, dan masukkan REN Number tersebut.
3) Jika benar, akan timbul data mengenai Perunding Hartanah tersebut.
4) Anda boleh terus berurusan dengan selamat.
5) Jika tidak, segera keluar dari situasi ini kerana anda sedang berbual dengan si penipu yang mahu menjerut anda.
Jika anda masih mahukan kepastian, semasa berjumpa dengan Perunding Hartanah tersebut, minta individu ini kemukakan Kad Kuasa/ REN Tag dihadapan anda dan lihat REN Number yang tertera dan semak mengikut langkah diatas di www.lppeh.gov.my
Untuk Pengetahuan, Kad Kuasa/REN Tag ini boleh dikenalpasti dengan warna merah dan putih beserta gambar, nama dan nombor kad pengenalan Perunding Hartanah tersebut.
Minta kad pengenalan mereka untuk lihat samada ianya mempunyai data sama seperti di Kad Kuasa/REN Tag mereka.
Gambar Kad Kuasa/ REN Tag ini ada dimuat naik bersama keratan akhbar.
contoh REN Tag/ Kad Kuasa
inilah panduan untuk semak samada perunding hartanah itu tulen atau tidak. Jika ianya tulen, akan keluar data seperti gambar diatas.
KEGAGALAN MELAKUKAN PERKARA INI MERISIKOKAN ANDA DITIPU & MASIH RAMAI DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU.
=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
CONTACT AZZIM | 013 317 4020
BLOG: http://azrealproperty.blogspot.my/
WEB: http://azzim.myagent.my/
EMAIL: shahrinazzim@gmail.com
=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
CONTACT AZZIM | 013 317 4020
BLOG: http://azrealproperty.blogspot.my/
WEB: http://azzim.myagent.my/
EMAIL: shahrinazzim@gmail.com
=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
Comments
Post a Comment